Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh

Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.

Apa Itu Radio Amatur ?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com

Thursday, September 5, 2013

Tasik Berjemur National Field Day 2013

 
Jom ramai-ramai ambil bahagian National Field Day pada 14 - 16 Sept 2013 ni. Aktiviti Field Day ini adalah merupakan latihan kesiapsiagaan kepada pengemar radio amatur untuk menguji kemahiran komunikasi ketika berlaku kecemasan. Dimasa kecemasan berbagai-bagai kemungkinan akan berlaku seperti ketiadaan sumber elektrik dan sebagainya. Dengan adanya latihan simulasi sedemikian ianya dapat menguji persediaan peralatan komunikasi yang disediakan. Program ini dijalankan di seluruh Malaysia dibawah penganjuran MARL (Malaysian Amateur Radio League)  iaitu bermula pada 15hb Sept 2013 jam 2100 hrs sehingga 16hb Sept 2013 jam 2100 hrs.

Atas inasiatif jawatankuasa PERAMAH Temerloh & Jengka dengan kerjasama Kelab K'DAU Advanture, lokasi FD kali ini adalah di Tasik Berjemur, Sg Tekal, Jerantut, Pahang.


Info lanjut berkenaan National Field Day sila ke  "National Field Day 2013 Overview" serta frekuensi yang akan digunakan semasa NFD 2013.

No comments: