Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh

Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.

Apa Itu Radio Amatur ?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com

Thursday, May 28, 2009

Lawatan Konvoi Muhibbah Astra Pantai Timur Ke Selatan 2009

Dengan segala hormatnya dimaklumkan pihak Astra Pantai Timur akan mengadakan lawatan ke Temerloh sempena dalam rangka Konvoi Muhibbah Astra Pantai Timur Ke Selatan 2009 yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 Jun 2009.
Didalam program konvoi tersebut satu sesi kunjungan mesra ke Temerloh akan diadakan pada 6 Jun 2009 (tempat & masa akan dimaklumkan kemudian). Sehubungan dengan itu kami dari pihak Ham Temerloh amat mengalu-alukan kehadian semua peserta-peserta konvoi muhibbah tersebut ke Bandar Temerloh yang lebih dikenali dengan Bandar Ikan Patin.
Ekoran dari itu juga dijemput semua rakan-rakan Ham Temerloh yang ingin turut serta dalam konvoi tersebut bolehlah memberi nama pada 9W2BDM Abg Mie No. HP 012-2643038 sebelum 1 Jun 2009.
Info lanjut boleh lah ke Blog Astra Pantai Timur

Wednesday, May 27, 2009

Baik Pulih Repeter Bukit Telermong - 9M4RCB

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua rakan-rakan yang sudi meluangkan masa untuk pergi ke Bukit Telemong bergotong royong bagi menjalankan kerja-kerja maintainance. Disamping itu juga beberapa perkara telah tingkatkan begi membolehkan lebih jauh lagi jangkauan kawasan liputan di repeter tersebut.
Sekalung penghargaan bagi rakan-rakan yang terlah berganding bahu menghulurkan bantuan bagi aktiviti tersebut. Ekoran dari aktviti tersebut didapati repeter tersebut perlu mendapatkan bekalan kuasa yang mencukupi memandangkan ianya digerakkan menggunakan kuasa solar sunggupun demikian penambahan bateri perlu diadakan.
Saya mewakili rakan- ham radio di sekitar Temerloh, Bentong, Karak & Bera menpelawa mana-mana individu atau pun mana- agensi untuk menghulurkan bantuan kewangan ataupun peralatan untuk tujuan tersebut. Sebarang pertanyaan bolehlah diemailkan terus kepada : peramah.temerloh[at]gmail.com
Sama-samalah kita membantu bagi meningkatkan lagi performance repeter kita. Terima kasih.

Tuesday, May 19, 2009

Seminar Radio Amatur Anjuran SKMM

Dengan segala hormatnya menjemput semua pemegang-pemegang callsign dan juga SWL untuk menghadiri seminar tersebut anjuran SKMM Wilayah Timur yang akan diadakan pada :
Tarikh : 13 Jun 2009
Masa : 8.30 pagi (Pendaftaran)
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Kuantan

Saturday, May 16, 2009

Repeter Kuala Lipis

Untuk dimaklumkan kepada semua Biro Repeter Peramah Kuantan telah pun menaikan sebuah repeter percubaan di Kuala Lipis iaitu terletak di Bukit Bius. Oleh yang demikian dijemput mana-mana rakan untuk mencuba repeter tersebut untuk tujuan melihat sejauh mana kawasan liputan repeter tersebut.
Frekuensi adalah seperti berikut : Rx : 145.000 mhz, Offset : +0.600 mhz, Tone : 118.8hz Sekian terima kasih

Monday, May 11, 2009

9M1CSC - Temerloh JOTA Station

Ibu Pejabat PPM dengan kerjasama Kelana Komunikasi akan menganjurkan JOTA MALAYSIA KE-2 pada 15 - 17 Mei akan datang.
Sehubungan itu PPM Temerloh akan turut serta menjayakan JOTA kali ini.
Tarikh : 15-17 MEI 2009
Tempat : SMK Kuala Krau, Temerloh.
Penyertaan : Ahli/Kelana/Pemimpin Pengakap PPP daerah Temerloh serta semua anggota Ham Radio.
Maklumat lanjut sila hubungi : Mohd Rizal 019-9317306