Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh

Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.

Apa Itu Radio Amatur ?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com

Tuesday, February 19, 2008

Permohonan Peruntukan Radas

Tahniah diucapkan kepada semua yang telah lulus RAE baru-baru ni. Sila hantarkan borang permohonan kepada 9W2MRT atau 9W2DJA urusan permohonan. Segala pembayaran bolehlah dibuat secara bank in terus kepada akaun berikut :
1. MBB - 514011742373
2. CIMB - 14200005115055
Segala pertanyaan lanjut sila berhubung terus kepada Biro Penerangan. Terima kasih. 73. de Biro Penerangan

Wednesday, February 13, 2008

Ujian Kod Morse 2008-1

Adalah dimaklumkan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengeluarkan notis Ujian Kod Morse (CW Test) yang akan diadakan pada 26 Mac 2008.
Syarat-syarat ujian
1. Berumur 18 tahun keatas pada tarikh ujian
2. Pemegang sah lesen kelas B, Radio Amatur selama 1 (satu) tahun sebelum tarikh ujian
Oleh yang demikian siapa yang telah mencukupi syarat silalah memohon untuk menduduki ujian dengan mendapatkan borang di dibawah. Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Mac 2008.
Jawatankuasa PERAMAH Temerloh & Bera mengucapkan selamat berjaya semua peserta dan berharap lebih ramai warga radio amatur dapat meningkatkan kebolehan mereka. 73
de Biro Penerangan

Saturday, February 9, 2008

Karnival Rakyat Gemilang di Maran

Terima kasih kepada Procc Motorspot Pahang (Riyad - Pengurus Procc Pahang) kerana menjemput PERAMAH Temerloh & Bera untuk mengadakan pameran Radio Amatur yang telah diadakan pada 9 Februari 2008 bertempat di Padang Majlis Daerah Maran. Acara telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang.
Antara anggota yang hadir pada karnival tersebut adalah 9W2DJA, 9W2RZL, SWAL Khairul & SWAL Faizal (dua org ni udah lulus RAE masih nunggu surat dari MCMC utk dapatkan callsign-nantikan kemunculannya).
Turut hadir sama semasa di tapak karnival 9W2HFN (Mohd Hifni-Pengurus Procc HQ) & 9W2BBS (Fahroe)
de Biro Penerangan

Friday, February 1, 2008

Keputusan RAE 2-2007

Pengumuman kepada semua SWAL yang menduduki RAE pada Nov 2007 yang lalu. Keputusan telah pun keluar untuk menyemak sila klik link dibawah. Pihak jawatankuasa mengucapkan TAHNIAH kepada yang LULUS bagi yang GAGAL sila cuba lagi pada tahun ini. Kegagalan ini bukanlah kegagalan selama-lamanya. Teruskan usaha....... Semak Keputusan RAE 2-2007 Selamat Berkeudara dan 73s