Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh

Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.

Apa Itu Radio Amatur ?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com

Sunday, December 21, 2008

DOKUMENTARI RADIO AMATUR MAJALAH 3

Salam sejahtera rakan2..

Di bawah ini disediakan link untuk dokumentari tentang hobi radio amatur di majalah 3 pada 20/12/2008, jika ada rakan2 yang tak berkesempatan untuk melihatnya...

klik sahaja link di bawah...

http://www.tv3.com.my/Shows/EpHighlight.aspx?MasterID=265&ShowID=233&MenuID=2&SubMenuID=1&TemplateID=1&EpID=23051&VideoID=22391#ancPlayer

Friday, December 19, 2008

QST : Dokumentari mengenai ARRD 2008

Jangan lepaskan peluang untuk menonton dokumentari mengenai ARRD 2008 (Amateur Radio Reunion Day yang ke 80 tahun) yang disambut di Port Dickson pada 13 & 14 Disember 2008 baru-baru ini di dalam rancangan Majalah 3 pada :
Tarikh : 20 Dis 2008
Masa siaran : 9.00 malam
Saluran : TV3
Semoga hobi radio amatur di Malaysia terus dikenali oleh masyarakat umum.
Terima Kasih.
de 9W2RZL

Wednesday, December 17, 2008

Selamat Menduduki exam RAE 2/2008 17.12.2008(Rabu)

Selamat Menduduki exam RAE 2/2008

Salam sejahtera kepada semua rakan2 yang akan mengambil peperiksaan RAE pada 17/12/2008 , doa dipohonkan semoga anda berjaya. Maltrade Hall Level 3, Menara Maltrade Jalan Khidmat Usaha Off Jalan Duta 50450 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Date/Time: 17 Dec 2008 (Wednesday) at 2.00PM

Monday, December 8, 2008

INFO TRAFIK

Salam Sejahtera... Peramah Temerloh&Bera akan menyediakan sebuah bas untuk ke tempat peperiksaan RAE 2/2008 unutk wilayah tengah sahaja, kepada rakan2 SWL yang ingin menaiki bas tersebut pada 17/12/2008 sila hubungi wakil di bawah:
Bayaran : RM 50.00 seorang
Temerloh : 9W2VMS (Abg) - 0199693434
Bera : 9W2FRD (Firdaus) - 0199673744
Tempat duduk TERHAD, sila buat tempahan awal untuk memudahkan pihak pengurusan... Harap maklum....

Saturday, December 6, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Tuesday, December 2, 2008

Kelas Bimbingan RAE 2008-2

Dijemput kepada semua SWL terutama di daerah Temerloh untuk menghadiri Kelas Bimbingan RAE dengan tajuk Teori Elektrikal Bhg 2.
Tarikh : 4 Disember 2008
Masa : 8.00 pm sehingga 11.30 pm
Tempat : Pusat Tuition Alfa, Mentakab (berhampiran station bas Mentakab)
Calling Frequency : V48 (146.400Mhz)
Perbincangan mengenai pengangkutan semasa RAE akan dibincangkan bagi mendapat keputusan semua calon. Sesiapa yang masih belum menjelaskan bayaran nota & sumbangan persatuan sila jelaskan pada masa yang sama. Semua calon dijemput hadir. Terima kasih.
Kemuskilan sila hubungi :
Rizal 9W2RZL - 019-9317306
Khairul 9W2KBM - 019-9461515
Mazman 9W2MHR - 019-9191676
de Biro Penerangan