Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh

Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.

Apa Itu Radio Amatur ?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com

Tuesday, April 28, 2009

JOTA Kebangsaan Kali Ke-2

Salam sejahtera, Sukacita dimaklumkan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Temerloh mepelawa Peramah Temerloh untuk menjayakan program tahunan Jambori Di Udara (JOTA) peringkat Kebangsaan Kali Ke2. Seperti rakan-rakan sedia maklum aktiviti sedemikian memerlukan anggota radio amatur bagi membantu menyediakan serta mengendalikan station radio disamping aktiviti-aktiviti lain seperti 'Fox Hunting', DXing dan lain-lain yang berkaitan dengan komunikasi. Tarikh program tersebut adalah seperti berikut :
Tarikh : 15 hingga 17 Mei 2009
Tempat : Masih dalam perbincangan.
Bagi rakan-rakan yang berminat bolehlah memberi nama terus kepada 9W2RZL melalui SMS 019-9317306 atau pun email di 9w2rzl[at]gmail.com.
Sekian terima kasih.

Monday, April 27, 2009

Thursday, April 16, 2009

'TOTA' Temerloh On The Air

The First Malaysian Scouts District JOTA - "Temerloh On The Air"
Venue : SMK Kuala Krau, Temerloh.
Date : 18 & 19 Apr 2009

Tuesday, April 7, 2009

Ujian Kod Morse 2009-1

Saya bagi pihak JK mengucapkan selamat berjaya kepada semua rakan-rakan yang akan menduduki Ujian Kod Morse (CW Test) yang akan berlangsuang pada jam 10 pagi 8 April 2008 di Cyberjaya. Mudah-mudah di permudahkan & tenang semasa mengambil ujian tersebut dan lulus dengan jayanya. Juga diingatkan sila pastikan surat tawaran menduduki ujian dibawa semasa ujian tersebut. Harapan saya lebih ramai lagi rakan-rakan yang mempunyai AA Kelas A akan lahir pada ujian CW tersebut esok. SELAMAT BERJAYA. 73