Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.
Apa Itu Radio Amatur ?
Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.
Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.
Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com
Thursday, April 16, 2009
'TOTA' Temerloh On The Air
The First Malaysian Scouts District JOTA - "Temerloh On The Air"
Temerloh adalah lebih dikenali sebagai Bandar Ikan Patin. Nama Temerloh juga adalah sama nama dengan nama daerahnya. Temerloh terletak kira-kira 163 kaki dari paras laut dan mempunyai latitud 327 disebelah utara dan 102 26 di sebelah selatan. Ia terletak lebih kurang 130km dari Kuala Lumpur. Ianya terletak diantara petemuan Sungai Pahang dan juga Sungai Semantan. Ianya juga adalah terletak ditengah-tengah laluan Kuantan – Kuala Lumpur. Temerloh juga adalah Bandar kedua terbesar di Negeri Pahang Darul Makmur ini.
Exit 819 LPT
Jambatan Temerloh menyeberangi Sg Pahang di waktu malam