Alhamdulillah selesailah sudah program yang julungkali diadakan di Temerloh, walaubagaimana pun syabas dan tahniah kepada rakan-rakan yang telah bertungkus lumus dari mula hingga akhir program tersebut diadakan. Yang menariknya ramai tertanya-tanya kenapa buat di Pusat Info Desa, Kg Tg Besar, Temerloh ? Adakah ini bakal dijadikan rumah kelab untuk PERAMAH Temerloh ...?
Pusat Info Desa, Kg Tg Besar, Temerloh hari ini dipenuhi dengan pengunjung
Pendaftaran di kendalikan oleh 9W2GUU
Program tersebut secara objektifnya memberi pendedahan kepada sukarelawan Radio Amatur secara umumnya tentang peranan mengendalikan komunikasi semasa berlaku kecemasan / bencana. Disamping itu juga ianya dapat membentuk satu kumpulan yang dikenali 'Emergency Respons Team' dimana di ketuai oleh 'Lead Coordinator' yang dilantik bagi mengendalikan sesuatu bantuan komunikasi apabila diperlukan.
Barisan pengajar di ketuai oleh 9M2/V8BDI dan sebelah kanan beliau 9W2FD & 9W2STT
Wah... Flea Market pun ada di sini hebat betul
Seramai 26 peserta telah hadir mengambil bahagian terdiri daripada daerah Temerloh, Bera, Bentong & Jengka telah hadir. Disamping itu juga tidaklupa pada tenaga pengajar yang diketuai oleh Dr Kamil Fikri 9M2/V8BDI.
9W2PD & 9W2SF memceritakan pengalaman semasa bertugas komunikasi ketika kecemasan / bencana
Penerangan tentang MKN Arahan 20 disampaikan oleh DSP Hamzah dari MKN Kuantan
Sesi penerangan dan praktikal juga diadakan
Disamping pendedahan secara teori berkenaan dengan SOP, disebelah petang program praktikal atau 'hands on' turut diadakan seperti membina antenna dan mempraktikan teknik-teknik yang yang telah diajar berkenaan dengan NVIS (Near Vertical Incidence Skyways). Teknik NVIS ini dapat membantu membentuk kawasan litupan yang baik dalam komunikasi HF terutama sekali di 40m band.
Penyampaian sijil penghargaan kepada MARES
Sekalung tahniah dan syabash kepada semua peserta yang telah hadir dengan harapan dengan latihan & tunjuk ajar yang diberikan dapat memberi pengatahuan tentang peranan kita dalam mengendalikan komuikasi semasa kecemasna / bencana. Jumpa lagi di sesi-sesi yang berikutnya. 73
No comments:
Post a Comment