Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh

Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.

Apa Itu Radio Amatur ?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com

Sunday, February 22, 2009

Operasi SAR Gunung Yong Yap

Salam hormat. Satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan bagi mengesan seorang pendaki gunung yang hilang di sekitar kawasan Gunung Yong Yap di Sempadan Perak dan Kelantan. Phak agensi menyelamat menjemput sukarelawan terdiri dari kalangan anggota oham radio untuk membantu dalam operasi tersebut. Mana-mana rakan ham, tidak kira dari kelab/persatuan radio amatur mana sekalipun, adalah dijemput untuk membantu misi berkenaan.
Operasi tersebut telah bermula sejak 19 Februari lagi. Petugas perlulah ham berlesen dan tahu selok-belok pemasangan/pengendalian alatan komunikasi VHF dan HF. Para petugas harap dapat maklumkan dulu sebelum bergerak ke lokasi. Sehingga kini petugas akan ditugaskan secara jadual giliran sehingga lah operasi itu tamat. Oleh yang demikian sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan atau untuk mendapat maklumat lanjut tentang operasi tersebut diminta menghubungi :
  1. Rizal 9W2RZL - 019 9317306
  2. Salleh 9W2STT - 019 276149

Maklumat lanjut di sini:

Bantuan rakan-rakan amat diperlukan bagi membantu dalam usaha operasi ini.

Sekian Terima Kasih.

No comments: