Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh

Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.

Apa Itu Radio Amatur ?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com

Tuesday, December 18, 2007

TERIMA KASIH...

TERIMA KASIH diucapkan kepada semua rakan-rakan ham di atas usaha anda dalam membantu sewaktu operasi bantuan banjir. Tidak dilupakan juga rakan-rakan MARES dan bantuan-bantuan luar yang diberikan sepanjang operasi.

Friday, December 14, 2007

BANTUAN DIPERLUKAN

Kepada semua ahli HAM, dimana-mana lokasi yang berdekatan dengan Temerloh: Bantuan anda amat dialu-alukan. Anda boleh menggunakan frekuensi untuk melaporkan info terkini banjir. Anda juga boleh menghulurkan bantuan dengan menghadirkan diri di Pusat Komunikasi Banjir di Pejabat Tanah Daerah Temerloh. Kehadiran didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Thursday, November 29, 2007

GALERI GAMBAR

untuk makluman semua, galeri gambar hamtemerloh sudah dikemaskinikan ada gambar semasa majlis rumah terbuka seorang ahli ham QTH : Kuartes JKR klik di sini

Friday, October 12, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Jawatankuasa PERAMAH Temerloh & Bera mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1428H dan maaf zahor & batin kepada semua ahli-ahli radio amatur PERAMAH. Mana-mana rakan yang pulang berhariraya ke kampung diharap berhati-hati didalam pemanduan semoga selamat sampai ke destinasi. Salam untuk semua.73

Monday, September 24, 2007

Pendaftaran RAE 2007-2

Untuk informasi rakan-rakan SWAL amnya Peperiksaan Radio Amatur akan ditutup permohnannya pada 29 September 2007. Oleh yang demikian sesiapa yang masih belum menghantar lagi borang permohonan RAE bolehlah berbuat demikian samada dihantar terus atau diserah kepada Biro Penerangan kami dgn menghubungi talian berikut 9W2DJA 019-9373463.

Friday, September 21, 2007

Ham radio in space

To all Malaysian ham radio amateurs and friends,
I was told there are thousands of registered ham radio amateurs in Malaysia alone. That's pretty impressive for a small country like Malaysia. That reflects the interest in ham communications in our country. I have to admit that the first time I was exposed to ham radio was when I first joined the space programme. I’ve never even heard of it before this, and never knew why people were so interested in them until I personally had contact not only with other ham radio operators throughout the world but also with the astronauts and cosmonauts on the ISS. It gives you a feeling of "bonding", as though you are right there in space.
Newest recruits to the Malaysian ham radio scene
My call sign is 9W2MUS and Faiz's call sign is 9W2FIZ. We use these call sign when we are in touch with other hams. The ISS uses its own call sign RSOISS for the Russians and NAISS for the Americans.
We had our ham radio training in Star City to familiarize ourselves with the equipment on the ISS. The space station has 4 antennas to provide communication to the ground and we use the VHF band. Currently the Russians are doing some experiments and to bring new equipment to the station to allow ham communication using the HF band too. If that works, it would allow us for better and broader coverage.The problem with ham radios is that cosmonauts can only communicate when they are passing through the zone territory, which usually lasts for 10 minutes. Hence when I want to talk to ham amateurs in Malaysia, I have to wait until the space station is passing through Malaysia. Though the space station orbits the earth 16 times in a day, it passes on Malaysian territory twice daily at the 4th and 13th orbit. You can speak in any languages you desire but there are certain rules you must abide by – you are not allowed to talk anything on politics, religion, sex or doing any business or advertising. Other than that, we could chat on anything we desire from the weather to letting you know the menu of the day.
You can actually get the timings of the space station passing through your country from the internet. In fact, on a clear bright sky at night, you might be able to see the space station with your very own eyes. It looks like a bright star moving in a slow motion. It's really a fascinating view to see.We were taught by Mr. Sangat Singh from ANGKASA at the planetarium and he was kind enough to teach us all the basic requirements. He was such a great teacher and I would like to thank him for obtaining my license. We encourage Malaysians and schoolchildren to apply for a ham radio license. All you need is to sit for an exam which is not that difficult to pass. We are hoping to communicate with all of you when in space sharing all the experiences and adventures at the same time. There's an organization called ARIS (amateur radio station ISS) consisting of 7 countries which are responsible for school communications all over the world. It would be a great honor to communicate with school kids and inspire them at the same time. To all ham amateurs out there, hope to hear from you.
Bye for now.
Sheikh.
Source : Program Angkasawan Negara

Cadangan Stiker Pengenalan PERAMAH Temerloh & Bera

Cadangan stiker pengenalan PERAMAH Temerloh & Bera, boleh mintak sebarang komen dari rakan2 HAM especialy dari Temerloh & Bera. De Biro Penerangan. 73

Wednesday, September 12, 2007

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1428H

بسم الله الرحمن الرحيم ( شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان )

Maksudnya: “ Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk dan perbezaan yang benar dengan yang salah “. (al-Baqarah : 185)

Jawatankuasa Biro Penerangan PERAMAH Temerloh & Bera mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga HAM di Temerloh dan Bera. 73

Monday, September 10, 2007

Perhatian kepada semua SWAL Peperiksaan Radio Amatur (RAE) telah pun keluar. Tarikh Peperiksaan adalah pada 29 November 2007 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 29 September 2007. Sediakan Wang Pos sebanyak RM50 dan pastikan ditulis kepada 'Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia'. Dapatkan borang permohonan di SINI. Intuk info lanjut boleh terus menghubungi 9W2SSC 019-9191425 / 9W2MRT 013-3719812 / 9W2RZL 019-9317306 saya. SEMOGA BERJAYA. 73

Friday, August 31, 2007

Malaysia Ku Gemilang

Laungan keramat ‘MERDEKA’ bergema di seluruh negara tepat jam 12 malam tadi, menggambarkan semangat membara rakyat pelbagai kaum dan agama meraikan detik bersejarah Hari Kebangsaan ke-50. Dirgahayu Malaysia Ku Gemilang.

Malaysia Ku Gemilang

Marilah kita semua Atas nama negarabangsa Dengan tekad mulia Maju berwawasan Mencipta keagungan

Berpadulah kita semua Di dalam satu suara Dengan degupan Merdeka Menjulang budaya bangsa Untuk Malaysia tercinta

Malaysiaku gemilang Merdekanya terbilang Berdaulat dan makmur Berjaya kami syukur

Malaysia, kebebasan kedamaian Malaysia, kebahagiaan kebanggaan Malaysia, cemerlang terbilang Malaysiaku gagah gemilang

Muzik oleh : Nik Nizam Jaafar - Istana Budaya Lirik oleh : Rais Yatim & Hairul Anuar Harun

Friday, May 25, 2007

Pameran Radio Amatur Sempena Sukaneka Robin Group Sports & Social Club

Sukacita dimaklumkan, Robin Group Sport & Social Club (Robin Resourses (M) Sdn Bhd) telah mempelawa KERAMAT untuk menyertai pameran sempena karnival sukaneka yang akan diadakan pada :
Tarikh : 27 Mei 2007
Masa : 8.00 pagi -4.00 petang
Tempat : Padang Besar, Mentakab, Pahang

Biro Penerangan merasa berbesar hati menjemput semua rakan-rakan yang berkelapangan untuk hadir ke pameran tersebut sambil memberikan penerangan, mempromosi dan melakukan demonstrasi penggunaan alatan komunikasi radio amatur. Sebarang informasi lanjut bolehlah berhubung terus dengan Biro Penerangan kami di talian 013-9373463 (Azhar). Sokongan daripada semua rakan-rakan amatlah dialu-alukan. Terima kasih. 73

Tuesday, May 15, 2007

Kelas Bimbingan RAE 2007-1

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada rakan-rakan. Kelas bimbingan RAE untuk sesi kedua akan diadakan pada :
Tarikh : 20 Mei 2007 Masa : 8.30 pagi sehingga 5.00 petang Tempat : Bilik Seminar, Jabatan Kecemasan, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
Yuran Penyertaan : RM30.00 (termasuk nota, CD, kudapan & makan tengahari) Pendaftaran terhad kepada 25 orang peserta sahaja. Makan tengahari disediakan.
Pihak kami amat mengalu-alukan mana-mana rakan yang tidak dapat hadir pada sesi yang lalu untuk hadir pada tarikh yang dinyatakn diatas. Maklumat lanjut dan pendaftaran awal sila maklumkan secara telefon atau SMS kepada : 9W2SSC (Syed) 019-9191425, 9W2MRT (Talib) 013-3719812 atau 9W2DJA (Azhar) 013-9373463. de Admin 73

Tuesday, May 1, 2007

Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2007

Biro Penerangan, dengan kerjasama JKKK Kg Kuala Triang dan Perbadangan Kemajuan Bukit Fraser telah memberi kebenaran pihak PERAMAH Cawangan Temerloh untuk mengadakan pameran sempena Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2007 yang berlangsung pada 29 April sehingga 6 Mei 2007 iaitu bermula di Kuala Lipis & berakhir di Pekan, Pahang. Oleh yang demikian bagi meraikan dan mempromosikan radio amatur kepada umum satu pameran akan diadakan pada :
Tarikh : 2 Mei 2007
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Kuala Triang, Bera.
Semua ahli-ahli dijemput hadir bagi meramaikan promosi pameran tersebut. 73.
de biro Penerangan. 73

Monday, April 30, 2007

Pertukaran Panggilan Simplax Frekuensi Temerloh_Ku

Untuk makluman semua rakan-rakan, panggilan simplax frekuensi 'Temerloh_ku' telah di ubah dari V20 (145.250 Mhz) kepada V48 (146.400 Mhz).
Diharap kepada semua rakan-rakan Ham Temerloh dan juga mana-mana rakan yang lain untuk memanggil rakan di lokalan Temerloh bolehlah memanggil di frekuensi tersebut. Frekuensi tersebut berkuatkuasa pada hari 1 Mei 2007. Harap maklum.
73 de Biro Penerangan

Tuesday, April 17, 2007

Kelas Bimbingan RAE 2007-1

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada rakan-rakan. Kelas bimbingan RAE untuk siri 1-2007 akan diadakan pada :
Tarikh : 6 Mei 2007 (sesi 1) dan 20 Mei 2007 (sesi 2)
Masa : 8.30 pagi sehingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Kefeteria Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
Yuran Penyertaan : RM25.00 (termasuk nota & alat tulis)
Pendaftaran terhad kepada 30 orang peserta sahaja. Makan tengahari disediakan. Maklumat lanjut dan pendaftaran awal sila maklumkan secara telefon atau SMS kepada : 9W2SSC (Syed) 019-9191425, 9W2MRT (Talib) 013-3719812 atau 9W2DJA (Azhar) 013-9373463.
de Admin

18th April World Amateur Radio Day

The International Amateur Radio Union (IARU) and its member societies representing more than 150 countries around the world will celebrate World Amateur Radio Day on April 18, 2007. The theme for this year's celebration is "Amateur Radio: Allowing youth to connect the world." de Admin

Wednesday, April 11, 2007

Permohonan RAE 2007-1

Makluman kepada semua rakan-rakan SWAL yang memohon RAE. Sebagai peringatan tarikh tutup permohonan adalah pada 17 April 2007. Pihak kami bersedia untuk menguruskan borang permohonan anda dengan syarat-syarat seperti berikut :
1. Borang permohonan mstilah diisi dengan lengkap.
2. Sertakan sekali dengan salinan kad pengenalan pemohon.
3. Setiap permohonan perlulah disertakan wang tunai RM50 dan tambahan RM2 untuk rusan pos dan lain-lain.
Dapatkan borang RAE di <SINI>
Sebarang pertanyaan silalah menghubungi :
  • Syed - 019-9191425
  • Talib - 013-3719812
  • Rizal - 019-9317306
  • Azhar - 013-9379463

de 9W2RZL

Sunday, April 8, 2007

Bengkel Pengenalan Radio Amatur Sesi 1/2007

Alhamdulillah berjayalah sudah Bengkel Pengenalan Radio Amatur yang julung kali diadakan dan sambutan sungguh menggalakkan. Bengkel tersebut yang telah diadakan pada 7 April 2007 telah dihadiri seramai 23 orang SWAL dengan penuh semangat yang tinggi ingin mengenali hobi radio amatur ini dengan lebih dekat lagi. Tidak lupa juga rakan-rakan yang ahli kelab yang bertungkus lumus menyumbangkan tenaga dan komitmen yang tinggi bagi menjayakan porgram tersebut. Insyaalah beberapa gambar akan dipamerkan untuk kenangan-kenangan.
73 'One For All & All For One'
de 9W2RZL

Thursday, April 5, 2007

VCD Rakaman Mega Eyeball & AGM PERAMAH 2007

Untuk informasi VCD rakaman sempena majlis Mega Eyeball dan AGM Peramah yang berlangsung pada 10 Februari 2007 bertempat di Taman Pertanian Indera Mahkota Kuantan telah pun berada dipasaran. Sekiranya mana-mana rakan yang berminat bolehlah menghubungi 9W2FRD (+6019.967.3744) untuk tempahan. TQ Cariooo.
73 de 9W2RZL

Wednesday, April 4, 2007

Bengkel Pengenalan Radio Amatur

Dengan sukacitanya pihak Jawatankuasa Biro Latihan Persatuan radio Amatur Negeri pahang Cawangan Temerloh akan mengadakan Bengkel Pengenalan Radio Amatur. Dijemput mana-mana rakan baru yang ingin mengenali dnegan lebih dekat mengenai hobi ini dijemput hadir pada :
Tarikh & Hari : 7 April 2007 Rabu Masa : 8.00 malam
Tempat : Kafeteria Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh 73 de 9W2RZL

Thursday, March 29, 2007

Notification: Radio Amateur Examinations 2007 - 1

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) will be holding the Radio Amateur Examinations (RAE) Test for the year 2007 on Tuesday, 6 June 2007. Get the application form HERE
73 Good Luckde
9W2RZL

Wednesday, March 7, 2007

Notification: Morse Code Test 2007

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) will be holding the Morse Code Test for the year 2007 on 10th April 2007 (Tuesday) at MCMC’s head office in Cyberjaya. Please click on the following to get the Application Form de 9W2RZL