Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh

Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.

Apa Itu Radio Amatur ?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com

Friday, February 13, 2009

Perjumpaan HAM Temerloh

Salam sejahtera, pada 13 Feb 2009 yang lalu telah diadakan perjumpaan bersama HAM Temerloh, bertempat di Kafeteria Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Seramai 30 orang telah hadir terdiri daripada 9Ws dan SWL yang baru sahaja lulus RAE baru-baru ini.
Antara perkara yang dibincangkan adalah pertemuan bersama 9Ms yang akan diadakan pada 15 Feb 2009 nanti. Diharap kehadiran semua rakan-rakan HAM Temerloh ke program itu nanti.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang hadir. Sehingga berjumpa nanti pada 15 Feb 2009, 1.00 t/hari nanti. 73