Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh

Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.

Apa Itu Radio Amatur ?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com

Friday, January 30, 2009

Bengkel 'Emergency Communication Training'

Perhatian kepada semua rakan-rakan yang telah pun memberi nama untuk menghadiri bengkel tersebut diharap dapat menghadirkan diri pada :

Tarikh : 1 Feb 2009

Masa : 8.30 pagi (pendaftaran)

Tempat : Pusat Info Desa, Kg Tanjung Besar, Temerloh

(Simpang masuk di sebelah SK Paya Pulai, Temerloh)

Calling Channel : V48 (146.400Mhz) / 9M4RCB

Bagi mana-mana peserta yang masih belum menjelaskan bayaran yuran sebanyak RM50, sila jelaskan bayaran dimasa pendaftaran nanti. Kerjasama dari semua peserta amatlah dihargai.

Berikut adalah senarai nama peserta yang telah pun berdaftar :

  1. 9W2RZL
  2. 9W2MHR
  3. 9W2KBM
  4. 9W2KAI
  5. 9W2GUU
  6. 9W2SZA
  7. 9W2ELK
  8. 9W2STN
  9. 9W2TLA
  10. 9W2KCW
  11. 9W2RPY
  12. 9W2HGI
  13. 9W2RA
  14. 9W2OCB
  15. 9W2CDX
  16. 9W2SHR
  17. 9W2ADH
  18. 9W2TWH
  19. 9W2RYD
  20. 9W2MZR
  21. 9W2ALU
  22. 9W2RGK
  23. 9W2WHI
  24. 9W2JAB
  25. SWL Mohd Zainal
  26. SWL Amma Rul Azmi
  27. SWL Jamrun
  28. SWL Shaiful Kamal

Sekian terima kasih & harap maklum.

73

No comments: