Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh

Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.

Apa Itu Radio Amatur ?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com

Friday, August 22, 2014

Ucapan Tahniah kpd lulus RAE baru ini.. kepada yg tidak berjaya cuba lagi dimasa akan datang dgn persediaan yang lebih baik..

Thursday, September 12, 2013

Senarai Special Event Callsign NFD 2013

Callsign yang telah diluluskan SKMM untuk NFD 2013:

1. 9M2SHQ - Sg. Congkak Hulu Langat, Selangor (MARES)
Station Master : 9M2SQL

2. 9M2STR - Paka Industrial Park, Terengganu
Station Master : 9M2AVB

3. 9M2SJR - Rumah Kelab JASRA, Bandar Baru Uda, Johor Bahru
Station Master : 9M2BAL

4. 9M2SRT - Bkt. Kledang, Ipoh, Perak (PARTS)
Station Master : 9M2SLJ

5. 9M2SKK - Taman Rekreasi JPS Kuala Kangsar
Station Master : 9M2AGC

6. 9M2SPG - Fort Cornwallis, Penang
Station Master : 9M2DY

7. 9M2SKB - Kuala Kubu Baru, Selangor (HUSAR)
Station Master : 9M2YRS

8. 9M2SMM - Pulau Besar, Melaka
Station Master : 9M2YOT

9. 9M2SPJ - Tasik Berjemur, Sg. Tekal, Jerantut, Pahang
Station Master : 9M2RDX

Tuesday, September 10, 2013

National Field Day 2013 - Update

Makluman kepada peserta yang terlibat dalam NFD 2013 di Tasik Berjemur Sg Tekal Jerantut. Tempat berkumpul di Petronas Bandar Pusat Jengka, 14hb Sept 2013 jam 0900 hrs. Calling Ch V48 (146.400mhz) dan 9M4RCY.
 

Mana-mana peserta dari Temerloh yang nak join konvoi ke Jengka bolehlah berkumpul di Hospital Sultan Hj Ahmad Shah Temerloh, jam 0800 hrs. Calling Ch di 9M4RCY.

Thursday, September 5, 2013

Tasik Berjemur National Field Day 2013

 
Jom ramai-ramai ambil bahagian National Field Day pada 14 - 16 Sept 2013 ni. Aktiviti Field Day ini adalah merupakan latihan kesiapsiagaan kepada pengemar radio amatur untuk menguji kemahiran komunikasi ketika berlaku kecemasan. Dimasa kecemasan berbagai-bagai kemungkinan akan berlaku seperti ketiadaan sumber elektrik dan sebagainya. Dengan adanya latihan simulasi sedemikian ianya dapat menguji persediaan peralatan komunikasi yang disediakan. Program ini dijalankan di seluruh Malaysia dibawah penganjuran MARL (Malaysian Amateur Radio League)  iaitu bermula pada 15hb Sept 2013 jam 2100 hrs sehingga 16hb Sept 2013 jam 2100 hrs.

Atas inasiatif jawatankuasa PERAMAH Temerloh & Jengka dengan kerjasama Kelab K'DAU Advanture, lokasi FD kali ini adalah di Tasik Berjemur, Sg Tekal, Jerantut, Pahang.


Info lanjut berkenaan National Field Day sila ke  "National Field Day 2013 Overview" serta frekuensi yang akan digunakan semasa NFD 2013.

Tuesday, September 3, 2013

Ujian Morse Kod (CW Test) siri 2/2013


SKMM telah menganjurkan Ujian Morse Kod bertempat di SKMM Cyberjaya, bertarikh 26hb September 2013. Diharap mana-mana calon yang menduduki ujian tersebut akan terus berlatih bersungguh-sungguh dan didoakan kejayaan pada hari ujian tersebut.
GOOD LUCK & ALL THE BEST !

Sunday, September 1, 2013

Sinar Ceria 9M4RCY

Salam hormat buat semua, setelah sekian lama blog Ham Temerloh ini menyepi kini kembali mengabadikan kenangan-kenangan aktiviti dalam hobi radio amatur ini. Kini setelah kembalinya semua repeater 9M4RCY (145.7125mhz) sudah cukup mengembalikan nostalgia lama disepanjang aktiviti radio amatur di daerah Temerloh.


Insyaalah dikesempatan yang ada ini akan diselitkan memori-memori indah disepanjang kegiatan radio amatur yang berlaku di dalam daerah Temerloh, Jengka, Bera, Bentong, Raub dan Lipis.

Friday, March 19, 2010

CW Morse Code Test 2010-1 Result!!

52 jumlah calon, 12 tidak hadir and 24 gagal. Peserta yang lulus: 9W2VEB 9W2YR 9W2NTT 9W2DMX 9W2ADA 9W2AML 9W2VOL 9W2DUI 9W2VNS 9W2USB 9W2DMF 9W2YOT 9W2RZL 9W2MZI 9W2NEK 9W8MET Tidak Hadir: 9W2LMH 9W2JED 9W2TLB 9W2AKX 9W2EDF 9W2JJI 9W2FNN 9W2CBL 9W2OMA 9W2RBY 9W2SSO 9W2RIH Tidak berjaya: 9W2AIS 9W2UMT 9W2LLH 9W2ATR 9W2AZX 9W6MAN 9W2AZV 9W2VVQ 9W2POK 9W2JBI 9W2JSY 9W2KRR 9W2MDY 9W2KGV 9W2MSO 9W2WVW 9W2VVH 9W2MDZ 9W2JOC 9W2HLJ 9W2ZME 9W2RLW 9W2SKZ 9W2ZRZ TAHNIAH PADA SEMUA YANG TLAH BERJAYA TERUTAMA SEKALI BANG RIZAL KITA 9W2RZL/BAKAL 9M2 KITA TUNGGUKAN KEMUNCULAN CALL SIGN BARUNYA

Good luck for CW Morse Code Test Candidates!!

Monday, March 1, 2010

sekitar perkahwinan khairul 9w2kbm

bersama rakan2 ham temerloh benda yang kak aisyah 9w2xsc / xyl 9w2szacakap tu tambah lagi achai best menjamu selera tahniah dan slamat pengantin baru buat bang khairul 9w2kbm semoga panjang umur murah rzeki dari kami warga ham

Sunday, January 10, 2010

Jemputan ke Majlis Walimatul Urus 9W2KBM

Dengan sukacitanya saya mewakili Saudara Kahirul Anuar 9W2KBM untuk menjemput semua rakan-rakan terutama rakan-rakan Ham dari seluruh Malaysia ke Majlis Walimatul Urus beliau yang akan berlangsung pada 28hb Februari 2010 bersamaan 14 Rabiul Awal 1431H ke rumah beliau di No. 84, Kg Pangsenam, Temerloh. Kehadiran semua rakan-rakan memeriahkan lagi majlis beliau. Terima kasih.

Thursday, July 16, 2009

Thursday, May 28, 2009

Lawatan Konvoi Muhibbah Astra Pantai Timur Ke Selatan 2009

Dengan segala hormatnya dimaklumkan pihak Astra Pantai Timur akan mengadakan lawatan ke Temerloh sempena dalam rangka Konvoi Muhibbah Astra Pantai Timur Ke Selatan 2009 yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 Jun 2009.
Didalam program konvoi tersebut satu sesi kunjungan mesra ke Temerloh akan diadakan pada 6 Jun 2009 (tempat & masa akan dimaklumkan kemudian). Sehubungan dengan itu kami dari pihak Ham Temerloh amat mengalu-alukan kehadian semua peserta-peserta konvoi muhibbah tersebut ke Bandar Temerloh yang lebih dikenali dengan Bandar Ikan Patin.
Ekoran dari itu juga dijemput semua rakan-rakan Ham Temerloh yang ingin turut serta dalam konvoi tersebut bolehlah memberi nama pada 9W2BDM Abg Mie No. HP 012-2643038 sebelum 1 Jun 2009.
Info lanjut boleh lah ke Blog Astra Pantai Timur

Wednesday, May 27, 2009

Baik Pulih Repeter Bukit Telermong - 9M4RCB

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua rakan-rakan yang sudi meluangkan masa untuk pergi ke Bukit Telemong bergotong royong bagi menjalankan kerja-kerja maintainance. Disamping itu juga beberapa perkara telah tingkatkan begi membolehkan lebih jauh lagi jangkauan kawasan liputan di repeter tersebut.
Sekalung penghargaan bagi rakan-rakan yang terlah berganding bahu menghulurkan bantuan bagi aktiviti tersebut. Ekoran dari aktviti tersebut didapati repeter tersebut perlu mendapatkan bekalan kuasa yang mencukupi memandangkan ianya digerakkan menggunakan kuasa solar sunggupun demikian penambahan bateri perlu diadakan.
Saya mewakili rakan- ham radio di sekitar Temerloh, Bentong, Karak & Bera menpelawa mana-mana individu atau pun mana- agensi untuk menghulurkan bantuan kewangan ataupun peralatan untuk tujuan tersebut. Sebarang pertanyaan bolehlah diemailkan terus kepada : peramah.temerloh[at]gmail.com
Sama-samalah kita membantu bagi meningkatkan lagi performance repeter kita. Terima kasih.

Tuesday, May 19, 2009

Seminar Radio Amatur Anjuran SKMM

Dengan segala hormatnya menjemput semua pemegang-pemegang callsign dan juga SWL untuk menghadiri seminar tersebut anjuran SKMM Wilayah Timur yang akan diadakan pada :
Tarikh : 13 Jun 2009
Masa : 8.30 pagi (Pendaftaran)
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Kuantan

Saturday, May 16, 2009

Repeter Kuala Lipis

Untuk dimaklumkan kepada semua Biro Repeter Peramah Kuantan telah pun menaikan sebuah repeter percubaan di Kuala Lipis iaitu terletak di Bukit Bius. Oleh yang demikian dijemput mana-mana rakan untuk mencuba repeter tersebut untuk tujuan melihat sejauh mana kawasan liputan repeter tersebut.
Frekuensi adalah seperti berikut : Rx : 145.000 mhz, Offset : +0.600 mhz, Tone : 118.8hz Sekian terima kasih

Monday, May 11, 2009

9M1CSC - Temerloh JOTA Station

Ibu Pejabat PPM dengan kerjasama Kelana Komunikasi akan menganjurkan JOTA MALAYSIA KE-2 pada 15 - 17 Mei akan datang.
Sehubungan itu PPM Temerloh akan turut serta menjayakan JOTA kali ini.
Tarikh : 15-17 MEI 2009
Tempat : SMK Kuala Krau, Temerloh.
Penyertaan : Ahli/Kelana/Pemimpin Pengakap PPP daerah Temerloh serta semua anggota Ham Radio.
Maklumat lanjut sila hubungi : Mohd Rizal 019-9317306

Tuesday, April 28, 2009

JOTA Kebangsaan Kali Ke-2

Salam sejahtera, Sukacita dimaklumkan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Temerloh mepelawa Peramah Temerloh untuk menjayakan program tahunan Jambori Di Udara (JOTA) peringkat Kebangsaan Kali Ke2. Seperti rakan-rakan sedia maklum aktiviti sedemikian memerlukan anggota radio amatur bagi membantu menyediakan serta mengendalikan station radio disamping aktiviti-aktiviti lain seperti 'Fox Hunting', DXing dan lain-lain yang berkaitan dengan komunikasi. Tarikh program tersebut adalah seperti berikut :
Tarikh : 15 hingga 17 Mei 2009
Tempat : Masih dalam perbincangan.
Bagi rakan-rakan yang berminat bolehlah memberi nama terus kepada 9W2RZL melalui SMS 019-9317306 atau pun email di 9w2rzl[at]gmail.com.
Sekian terima kasih.

Monday, April 27, 2009

Thursday, April 16, 2009

'TOTA' Temerloh On The Air

The First Malaysian Scouts District JOTA - "Temerloh On The Air"
Venue : SMK Kuala Krau, Temerloh.
Date : 18 & 19 Apr 2009