Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh

Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.

Apa Itu Radio Amatur ?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com

Thursday, May 28, 2009

Lawatan Konvoi Muhibbah Astra Pantai Timur Ke Selatan 2009

Dengan segala hormatnya dimaklumkan pihak Astra Pantai Timur akan mengadakan lawatan ke Temerloh sempena dalam rangka Konvoi Muhibbah Astra Pantai Timur Ke Selatan 2009 yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 Jun 2009.
Didalam program konvoi tersebut satu sesi kunjungan mesra ke Temerloh akan diadakan pada 6 Jun 2009 (tempat & masa akan dimaklumkan kemudian). Sehubungan dengan itu kami dari pihak Ham Temerloh amat mengalu-alukan kehadian semua peserta-peserta konvoi muhibbah tersebut ke Bandar Temerloh yang lebih dikenali dengan Bandar Ikan Patin.
Ekoran dari itu juga dijemput semua rakan-rakan Ham Temerloh yang ingin turut serta dalam konvoi tersebut bolehlah memberi nama pada 9W2BDM Abg Mie No. HP 012-2643038 sebelum 1 Jun 2009.
Info lanjut boleh lah ke Blog Astra Pantai Timur

No comments: