Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh

Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.

Apa Itu Radio Amatur ?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com

Sunday, March 29, 2009

Notis Peperiksaan Radio Amatur 1-2009

Dengan segala hormatnya dimaklumkan, menurut pemberitahuan dari website SKMM, notifikasi RAE telah pun dilkeluarkan. Tarikh peperiksaannya adalah seperti berikut :
Tarikh : 24 Jun 2009
Sesiapa ada rakan-rakan atau SWL yang berminat untuk menduduki RAE tersebut sila menghantar borang permohonan kepada SKMM sebelum 17 April 2009. Untuk mendapatkan borang permohonan sila download di bawah.
Borang permohonan RAE
Notifikasi RAE 2009-1
Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti Kelas Bimbingan RAE sila hubungi : 9W2MHR 019-9191676 (Temerloh), 9W2FRD 017-9324287 (Bera), 9W2GUU 013-9849943 (Jengka) & 9W2OCB 013-9355127 (Bentong).

Monday, March 16, 2009

9W2GUU work with 9M6JC

Well done Ady your audio is very great in KK with 9M6JC Mr John. Hope can work more DX. 73

Wednesday, March 4, 2009

Notis Mesyuarat Agong PERAMAH 2009

Dengan segala hormatnya Mesyuarat Agong PERAMAH 2009 akan diadakan pada tarikh seperti berikut :
Tarikh : 21 Mac 2009
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Kompleks Belia & Sukan Daerah Bera.
Dapatkan surat notisnya di SINI. Ayuh rakan ramai-ramai kesana.

Monday, February 23, 2009

Pameran Radio Amatur di Bera

Adalah dengan segala hormatnya menjemput rakan-rakan sekalian untuk hadir ke Pameran Radio Amatur sempena Sambutan Karnival Parlimen Bera. dijemput semua-rakan bagi meramaikan lagi khemah PERAMAH Bera bagi tujuan mempromosikan hobi RA yang akan diadakan pada :
Tarikh : 27 & 28 Feb 2009
Tempat : Dataran Kerayong, Bandar Kerayong, Bera
Di jemput ramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Terima Kasih. 73

Sunday, February 22, 2009

Operasi SAR Gunung Yong Yap

Salam hormat. Satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan bagi mengesan seorang pendaki gunung yang hilang di sekitar kawasan Gunung Yong Yap di Sempadan Perak dan Kelantan. Phak agensi menyelamat menjemput sukarelawan terdiri dari kalangan anggota oham radio untuk membantu dalam operasi tersebut. Mana-mana rakan ham, tidak kira dari kelab/persatuan radio amatur mana sekalipun, adalah dijemput untuk membantu misi berkenaan.
Operasi tersebut telah bermula sejak 19 Februari lagi. Petugas perlulah ham berlesen dan tahu selok-belok pemasangan/pengendalian alatan komunikasi VHF dan HF. Para petugas harap dapat maklumkan dulu sebelum bergerak ke lokasi. Sehingga kini petugas akan ditugaskan secara jadual giliran sehingga lah operasi itu tamat. Oleh yang demikian sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan atau untuk mendapat maklumat lanjut tentang operasi tersebut diminta menghubungi :
  1. Rizal 9W2RZL - 019 9317306
  2. Salleh 9W2STT - 019 276149

Maklumat lanjut di sini:

Bantuan rakan-rakan amat diperlukan bagi membantu dalam usaha operasi ini.

Sekian Terima Kasih.