Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh

Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.

Apa Itu Radio Amatur ?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com

Monday, February 23, 2009

Pameran Radio Amatur di Bera

Adalah dengan segala hormatnya menjemput rakan-rakan sekalian untuk hadir ke Pameran Radio Amatur sempena Sambutan Karnival Parlimen Bera. dijemput semua-rakan bagi meramaikan lagi khemah PERAMAH Bera bagi tujuan mempromosikan hobi RA yang akan diadakan pada :
Tarikh : 27 & 28 Feb 2009
Tempat : Dataran Kerayong, Bandar Kerayong, Bera
Di jemput ramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Terima Kasih. 73

Sunday, February 22, 2009

Operasi SAR Gunung Yong Yap

Salam hormat. Satu operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan bagi mengesan seorang pendaki gunung yang hilang di sekitar kawasan Gunung Yong Yap di Sempadan Perak dan Kelantan. Phak agensi menyelamat menjemput sukarelawan terdiri dari kalangan anggota oham radio untuk membantu dalam operasi tersebut. Mana-mana rakan ham, tidak kira dari kelab/persatuan radio amatur mana sekalipun, adalah dijemput untuk membantu misi berkenaan.
Operasi tersebut telah bermula sejak 19 Februari lagi. Petugas perlulah ham berlesen dan tahu selok-belok pemasangan/pengendalian alatan komunikasi VHF dan HF. Para petugas harap dapat maklumkan dulu sebelum bergerak ke lokasi. Sehingga kini petugas akan ditugaskan secara jadual giliran sehingga lah operasi itu tamat. Oleh yang demikian sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan atau untuk mendapat maklumat lanjut tentang operasi tersebut diminta menghubungi :
  1. Rizal 9W2RZL - 019 9317306
  2. Salleh 9W2STT - 019 276149

Maklumat lanjut di sini:

Bantuan rakan-rakan amat diperlukan bagi membantu dalam usaha operasi ini.

Sekian Terima Kasih.

Friday, February 20, 2009

Info Trafik

Salam sejahtera......
Kepada rakan2 yang ingin memiliki baju kenang-kenangan ARRD08 (AMATEUR RADIO REUNION DAY 08)
boleh membuat tempahan, saiz dan beserta BAYARAN (RM 35) kepada :
9W2RZL : 0199317306
9W2KBM : 0199461515
9W2FYZ : 0139956972

Tuesday, February 17, 2009

Ujian Kod Morse 2009-1

Salam sejahtera semua. Pihak SKMM telah mengeluarkan notis Ujian Kod Morse bagi sesi 1 tahun 2009. 2 pusat peperiksaan telah dibuka iaitu di Cyberjaya dan Sabah. Tarikh Peperiksaan adalah pada 8 April 2009. Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :
  1. Telah berumur 18 tahun keatas
  2. Telah memiliki AA Kelas B lebih dari 1 tahun.
Bagi yang berminat untuk menduduki ujian tersebut sila hantar borang permohonan bersama dengan :
  1. Yuran Peperiksaan RM50 (Wang Pos)
  2. Salinan Kad Penenalan
  3. Salinan AA
Dihantar terus kepada:
Bahagian Teknologi, Standard & Rangkaian
Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia
Jalan Teknologi 1,
63000 Cyberjaya,
Selangor
Sebelum 6 Mac 2009. Dapatkan borang permohonan di SINI.
Terima kasih & selamat berjaya. 73

Sunday, February 15, 2009

Majlis Perjumpaan Bersama 9Ms di Temerloh

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah sempurnalah sudah majlis pertemuan bersama 9Ms yang dijemput hadir untuk menandatangani borang pengesahan sebagai syarat untuk memohon AA bagi rakan-rakan SWL yang lulus RAE baru-baru ini.

TAHNIAH dan SYABAS lulus RAE

Antara yang hadir pada majlis tersebut.

Lokasi majlis pertemuan diadakan di R&R Bukit Angin, Temerloh turut dihadiri lebih kurang 25 orang HAM dari sekitar Temerloh dan Bera.

Sabar menanti untuk menandatangan surat permohonan dari 9M2RT & 9M2ZNM

Walaupun majlis tersebut tidak seberapa tetapi ianya sungguh bermakna bagi rakan-rakan yang telah hadir.

Sambil-sambil tu ramai ada juga sesi suai kenal dan mengetahui
perkembangan semasa tentang HAM Radio Ni di belakang dok sibuk sain borang untuk apa ni.....
Terima kasih tidak terhingga kepada Abg Razif 9M2RT dan juga Hj Zakran 9M2ZNM yang telah hadir pada majlis tersebut. Nantikan kemunculan callsign-callsign baru rakan-rakan kita ni..... Jumpa lagi. 73