Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh

Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.

Apa Itu Radio Amatur ?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com

Thursday, February 5, 2009

Mesyuarat Agung PERAMAH

Dengan segala hormatnya dimaklumkan kepada semua rakan-rakan. Mesyuarat Agung PERAMAH akan diadakan pada 22 Mac 2009 bertempat di Temerloh. Oleh yang demikian 1 Mesyuarat Jawatankuasa akan diadakan mengikut tarikh yang akan dicadangan nanti. Sebarang cadangan tarikh boleh dibinccangkan di ruang komen di bawah.
Harap maklum. 73

Tuesday, February 3, 2009

Pemasangan Antenna 28Mhz 9W2GUU

Pada 2hb Feb 2009 aktiviti pemasangan antenna untuk 28Mhz (10m band) telah diadakan di Jengka 6 - PLKN Kem Indera Pahlawan. Aktiviti pemasangan antenna tersebut adalah sambungan bahagian pertama yang telah diadakan pada 28hb Jan 2009 lalu di Qtrs Hospital bagi mencapaikan hasrat rakan iaitu 9W2STN & 9W2GUU untuk berkeudara di 10m band. Turut hadir sama di Qrts Hospital tersebut adalah 9W2ZZ, 9W2MEC, 9W2TLA, 9W2MHR, 9W2GUU dan 9W2RZL.
Beam antenna untuk 28Mhz yang bakal dinaikan sebentarlagi oleh 9W2GUU
Antara rakan yang terlibat bagi membantu pemasangan antenna tersebut adalah 9W2MHR
Nak drill tu pun sempat posing lagi........
Terima kasih kepada semua rakan2 yang membantu pemasangan antenna Abg Guu kita so nantikan kemunculan audio beliau di 10m band bagi memburu dan menjadi sebahagian dari DXer di Negeri Pahang. Nantikan info berikutnya bagi pemasangan antenna 10m band kepunyaan 9W2STN. 73

Monday, February 2, 2009

Keputusan RAE 2/2008

Dengan segala hormatnya dimaklumkan keputusan peperiksaan radio amatur yang telah diadakan pada 17 Dis 2008 lalu telah pun keluar. Untuk menyemak keputusan RAE sila klik dilink dibawah :
Jawatankuasa PERAMAH Temerloh mengucapkan Syabash & Tahniah kepada mereka yang lulus. 73

World Radio Online

Salam sejahtera, dapatkan majalah secara online dan percuma untuk tujuan santapan minda dan ingin mendalami pengetahuan atau info tentang radio. Sila lawati WorldRadio Online

Bingkisan 'Emergency Communication Training' di Temerloh

Asalammualaikum & salam sejahtera,
Alhamdulillah selesailah sudah program yang julungkali diadakan di Temerloh, walaubagaimana pun syabas dan tahniah kepada rakan-rakan yang telah bertungkus lumus dari mula hingga akhir program tersebut diadakan. Yang menariknya ramai tertanya-tanya kenapa buat di Pusat Info Desa, Kg Tg Besar, Temerloh ? Adakah ini bakal dijadikan rumah kelab untuk PERAMAH Temerloh ...?
Pusat Info Desa, Kg Tg Besar, Temerloh hari ini dipenuhi
dengan pengunjung
Pendaftaran di kendalikan oleh 9W2GUU
Program tersebut secara objektifnya memberi pendedahan kepada sukarelawan Radio Amatur secara umumnya tentang peranan mengendalikan komunikasi semasa berlaku kecemasan / bencana. Disamping itu juga ianya dapat membentuk satu kumpulan yang dikenali 'Emergency Respons Team' dimana di ketuai oleh 'Lead Coordinator' yang dilantik bagi mengendalikan sesuatu bantuan komunikasi apabila diperlukan.

Barisan pengajar di ketuai oleh 9M2/V8BDI dan sebelah kanan beliau 9W2FD & 9W2STT

Wah... Flea Market pun ada di sini hebat betul

Seramai 26 peserta telah hadir mengambil bahagian terdiri daripada daerah Temerloh, Bera, Bentong & Jengka telah hadir. Disamping itu juga tidaklupa pada tenaga pengajar yang diketuai oleh Dr Kamil Fikri 9M2/V8BDI.

9W2PD & 9W2SF memceritakan pengalaman semasa bertugas komunikasi ketika kecemasan / bencana

Penerangan tentang MKN Arahan 20 disampaikan oleh DSP Hamzah dari MKN Kuantan

Sesi penerangan dan praktikal juga diadakan

Disamping pendedahan secara teori berkenaan dengan SOP, disebelah petang program praktikal atau 'hands on' turut diadakan seperti membina antenna dan mempraktikan teknik-teknik yang yang telah diajar berkenaan dengan NVIS (Near Vertical Incidence Skyways). Teknik NVIS ini dapat membantu membentuk kawasan litupan yang baik dalam komunikasi HF terutama sekali di 40m band.

Penyampaian sijil penghargaan kepada MARES

Sekalung tahniah dan syabash kepada semua peserta yang telah hadir dengan harapan dengan latihan & tunjuk ajar yang diberikan dapat memberi pengatahuan tentang peranan kita dalam mengendalikan komuikasi semasa kecemasna / bencana. Jumpa lagi di sesi-sesi yang berikutnya. 73