Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh

Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.

Apa Itu Radio Amatur ?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com

Sunday, November 30, 2008

Amateur Radio Reunion Day (ARRD)

Amateur Radio Reunion Day (ARRD) adalah suatu majlis yang dirancang untuk mengumpulkan semua amatur radio di Malaysia – Mike, Whiskey dan Short Wave Listener – tanpa mengira keahlian kelab. Tambahan lagi, kita juga meraikan 80 tahun radio amatur di Malaysia. Veteran 9M kita tidak semakin muda dan kita telah kehilangan beberapa orang. Inilah masanya untuk 9W dan SWL untuk mengenali mereka. Setakat ini lebih 30 Mike dari seluruh negara telah mengesahkan kehadiran.
Tarikh : 13 & 14 Disember 2008
Tempat : Banglo host by 9M2PD, Teluk Kemang, N.Sembilan
Pembayaran/Sumbangan
Radio amatur dan SWL:
- RM30 seorang (pembayaran sebelum 15 Nov 2008)
- RM40 seorang (pembayaran sebelum 30 Nov 2008)
- RM50 seorang (pembayaran selepas 30 Nov 2008)
Senarai nama yang akan hadir ke ARRD 2008 dari Temerloh (sehingga 29 Nov) :
1. 9W2RZL
2. 9W2RZQ
3. 9W2KBM
4. 9W2FYZ
5. 9W2FRD - Dari Kerayong
6. 9W2RBY - Dari Kerayong
Sesiapa yang berminat untuk mengikuti silalah ke blog ARRD08.