Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh

Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.

Apa Itu Radio Amatur ?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com

Wednesday, February 13, 2008

Ujian Kod Morse 2008-1

Adalah dimaklumkan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengeluarkan notis Ujian Kod Morse (CW Test) yang akan diadakan pada 26 Mac 2008.
Syarat-syarat ujian
1. Berumur 18 tahun keatas pada tarikh ujian
2. Pemegang sah lesen kelas B, Radio Amatur selama 1 (satu) tahun sebelum tarikh ujian
Oleh yang demikian siapa yang telah mencukupi syarat silalah memohon untuk menduduki ujian dengan mendapatkan borang di dibawah. Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Mac 2008.
Jawatankuasa PERAMAH Temerloh & Bera mengucapkan selamat berjaya semua peserta dan berharap lebih ramai warga radio amatur dapat meningkatkan kebolehan mereka. 73
de Biro Penerangan

No comments: