TERIMA KASIH diucapkan kepada semua rakan-rakan ham di atas usaha anda dalam membantu sewaktu operasi bantuan banjir.
Tidak dilupakan juga rakan-rakan MARES dan bantuan-bantuan luar yang diberikan sepanjang operasi.
Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh
Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.
Apa Itu Radio Amatur ?
Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.
Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.
Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com
Tuesday, December 18, 2007
Friday, December 14, 2007
BANTUAN DIPERLUKAN
Kepada semua ahli HAM, dimana-mana lokasi yang berdekatan dengan Temerloh: Bantuan anda amat dialu-alukan. Anda boleh menggunakan frekuensi untuk melaporkan info terkini banjir. Anda juga boleh menghulurkan bantuan dengan menghadirkan diri di Pusat Komunikasi Banjir di Pejabat Tanah Daerah Temerloh. Kehadiran didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Thursday, November 29, 2007
GALERI GAMBAR
untuk makluman semua, galeri gambar hamtemerloh sudah dikemaskinikan
ada gambar semasa majlis rumah terbuka seorang ahli ham
QTH : Kuartes JKR
klik di sini
Friday, October 12, 2007
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Jawatankuasa PERAMAH Temerloh & Bera mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1428H dan maaf zahor & batin kepada semua ahli-ahli radio amatur PERAMAH. Mana-mana rakan yang pulang berhariraya ke kampung diharap berhati-hati didalam pemanduan semoga selamat sampai ke destinasi.
Salam untuk semua.73
Monday, September 24, 2007
Pendaftaran RAE 2007-2
Untuk informasi rakan-rakan SWAL amnya Peperiksaan Radio Amatur akan ditutup permohnannya pada 29 September 2007. Oleh yang demikian sesiapa yang masih belum menghantar lagi borang permohonan RAE bolehlah berbuat demikian samada dihantar terus atau diserah kepada Biro Penerangan kami dgn menghubungi talian berikut 9W2DJA 019-9373463.
Subscribe to:
Posts (Atom)
