Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh

Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.

Apa Itu Radio Amatur ?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com

Tuesday, May 19, 2009

Seminar Radio Amatur Anjuran SKMM

Dengan segala hormatnya menjemput semua pemegang-pemegang callsign dan juga SWL untuk menghadiri seminar tersebut anjuran SKMM Wilayah Timur yang akan diadakan pada :
Tarikh : 13 Jun 2009
Masa : 8.30 pagi (Pendaftaran)
Tempat : Hotel Seri Malaysia, Kuantan

Saturday, May 16, 2009

Repeter Kuala Lipis

Untuk dimaklumkan kepada semua Biro Repeter Peramah Kuantan telah pun menaikan sebuah repeter percubaan di Kuala Lipis iaitu terletak di Bukit Bius. Oleh yang demikian dijemput mana-mana rakan untuk mencuba repeter tersebut untuk tujuan melihat sejauh mana kawasan liputan repeter tersebut.
Frekuensi adalah seperti berikut : Rx : 145.000 mhz, Offset : +0.600 mhz, Tone : 118.8hz Sekian terima kasih

Monday, May 11, 2009

9M1CSC - Temerloh JOTA Station

Ibu Pejabat PPM dengan kerjasama Kelana Komunikasi akan menganjurkan JOTA MALAYSIA KE-2 pada 15 - 17 Mei akan datang.
Sehubungan itu PPM Temerloh akan turut serta menjayakan JOTA kali ini.
Tarikh : 15-17 MEI 2009
Tempat : SMK Kuala Krau, Temerloh.
Penyertaan : Ahli/Kelana/Pemimpin Pengakap PPP daerah Temerloh serta semua anggota Ham Radio.
Maklumat lanjut sila hubungi : Mohd Rizal 019-9317306

Tuesday, April 28, 2009

JOTA Kebangsaan Kali Ke-2

Salam sejahtera, Sukacita dimaklumkan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Temerloh mepelawa Peramah Temerloh untuk menjayakan program tahunan Jambori Di Udara (JOTA) peringkat Kebangsaan Kali Ke2. Seperti rakan-rakan sedia maklum aktiviti sedemikian memerlukan anggota radio amatur bagi membantu menyediakan serta mengendalikan station radio disamping aktiviti-aktiviti lain seperti 'Fox Hunting', DXing dan lain-lain yang berkaitan dengan komunikasi. Tarikh program tersebut adalah seperti berikut :
Tarikh : 15 hingga 17 Mei 2009
Tempat : Masih dalam perbincangan.
Bagi rakan-rakan yang berminat bolehlah memberi nama terus kepada 9W2RZL melalui SMS 019-9317306 atau pun email di 9w2rzl[at]gmail.com.
Sekian terima kasih.

Monday, April 27, 2009