Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh

Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.

Apa Itu Radio Amatur ?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com

Friday, November 28, 2008

Kelas Bimbingan RAE PERAMAH Temerloh

Seramai 15 orang telah hadir di Kelas Bimbingan RAE sesi 2/2008-2 anjuran PERAMAH Temerloh yang telah diadakan pada 27 Nov 2008. Tajuk minggu ini adalah berkenaan Teori Elektrikal Bhg 1.
Antara yang hadir
Zikgu Zailani dari SK Kuala Krau
Cikgu Nizam yang sedang
tekun mengajar
Antara rakan ham yang hadir sama
Terima kasih pada Cikgu Hasmawi & Cikgu Nizam dari Kolej Komuniti Mentakab kerana sudi datang mengajar rakan-rakan kami.
Keseronokan pun bertambah dengan kehadiran 9W2AYA Dylla yang ketika ini pulang bercuti ke kampung. Dilla nanti sering-sering la memancar di V48 ya.....
Dylla 9W2AYA dan adik
Jumpa lagi minggu depan untuk Teori Elektrikal Bhg 2 pada hari, tempat & waktu yang sama minggu depan. 73

Monday, November 10, 2008

Kelas Bimbingan RAE 2008-2

Dijemput kepada semua SWL terutama di daerah Temerloh untuk menghadiri Kelas Bimbingan RAE yang akan diaadakan megikut ketetapan seperti berikut : Tarikh : 13 November 2008
Masa : 8.00 malam
Tempat : Kafeteria Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
Semua dijemput hadir. Terima kasih de Biro Penerangan

Monday, April 14, 2008

RAE 2008-1

Untuk informasi rakan-rakan SWAL amnya Peperiksaan Radio Amatur akan ditutup permohnannya pada 24 April 2008. Tarikh & Masa Perperiksaan : 24 Jun 2008 jam 2.00 petang Oleh yang demikian sesiapa yang masih belum menghantar lagi borang permohonan RAE bolehlah berbuat demikian bersama-sama dengan Wang Pos bernilai RM 50 di tulis atas nama "SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA" dihantar terus atau diserah kepada Biro Penerangan kami dgn menghubungi talian berikut 9W2DJA 019-9373463.

Wednesday, March 5, 2008

Majlis Tahlil untuk Allahyarham Mohamad Talib

Dengan segala hormatnya dimaklumkan, satu majlis tahlil diatas pemergian Allahyarham Mohamad Talib bin Samah adakan diadakan pada selepas sembahyang magrib berjemaah.
Tarikh : 6 Mac 2008 / 28 Safar 1429
Tempat : Blok A, Qtrs Pegawai Perubatan Siswazah, HoSHAS, Temerloh, Pahang.
Masa berkumpul : 19.00 H (7.00 pm)
Calling Frekuensi : V48 (146.400 Mhz) / Repeter 9M4RCB
Semua rakan-rakan yang mengenali allahyarham dijemput hadir ke majlis tersebut. Sekian terima kasih.

Saturday, March 1, 2008

Al-Fatihah - 9W2MRT (Silent Key)

DALAM KENANGAN 9W2MRT
(1964- Feb 2008)
Dukacita dimaklumkan bahawa kita kehilangan seorang lagi rakan ham iaitu 9W2MRT, MOHAMAD TALIB BIN ABDUL SAMAH yang telah kembali ke Rahmahtullah pada pukul 14:30 ( 2:30 petang ) Hari Jumaat 29 Februari 2008 bersamaan 21 Safar 1429. Marilah bersama-sama kita menghadiahkan Al-fatihah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan diampuni segala dosa-dosanya.
Al Fatihah.
Foto : Ehsan dari 9W2BZT