Perhatian kepada semua SWAL Peperiksaan Radio Amatur (RAE) telah pun keluar. Tarikh Peperiksaan adalah pada 29 November 2007 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 29 September 2007. Sediakan Wang Pos sebanyak RM50 dan pastikan ditulis kepada 'Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia'. Dapatkan borang permohonan di SINI. Intuk info lanjut boleh terus menghubungi 9W2SSC 019-9191425 / 9W2MRT 013-3719812 / 9W2RZL 019-9317306 saya. SEMOGA BERJAYA. 73Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh
Apa Itu Radio Amatur ?
Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.
Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Monday, September 10, 2007
Perhatian kepada semua SWAL Peperiksaan Radio Amatur (RAE) telah pun keluar. Tarikh Peperiksaan adalah pada 29 November 2007 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 29 September 2007. Sediakan Wang Pos sebanyak RM50 dan pastikan ditulis kepada 'Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia'. Dapatkan borang permohonan di SINI. Intuk info lanjut boleh terus menghubungi 9W2SSC 019-9191425 / 9W2MRT 013-3719812 / 9W2RZL 019-9317306 saya. SEMOGA BERJAYA. 73Friday, August 31, 2007
Malaysia Ku Gemilang
Laungan keramat ‘MERDEKA’ bergema di seluruh negara tepat jam 12 malam tadi, menggambarkan semangat membara rakyat pelbagai kaum dan agama meraikan detik bersejarah Hari Kebangsaan ke-50. Dirgahayu Malaysia Ku Gemilang.
Malaysia Ku Gemilang
Marilah kita semua Atas nama negarabangsa Dengan tekad mulia Maju berwawasan Mencipta keagungan
Berpadulah kita semua Di dalam satu suara Dengan degupan Merdeka Menjulang budaya bangsa Untuk Malaysia tercinta
Malaysiaku gemilang Merdekanya terbilang Berdaulat dan makmur Berjaya kami syukur
Malaysia, kebebasan kedamaian Malaysia, kebahagiaan kebanggaan Malaysia, cemerlang terbilang Malaysiaku gagah gemilang
Muzik oleh : Nik Nizam Jaafar - Istana Budaya Lirik oleh : Rais Yatim & Hairul Anuar Harun
Friday, May 25, 2007
Pameran Radio Amatur Sempena Sukaneka Robin Group Sports & Social Club
Sukacita dimaklumkan, Robin Group Sport & Social Club (Robin Resourses (M) Sdn Bhd) telah mempelawa KERAMAT untuk menyertai pameran sempena karnival sukaneka yang akan diadakan pada :Tarikh : 27 Mei 2007Masa : 8.00 pagi -4.00 petangTempat : Padang Besar, Mentakab, Pahang
Biro Penerangan merasa berbesar hati menjemput semua rakan-rakan yang berkelapangan untuk hadir ke pameran tersebut sambil memberikan penerangan, mempromosi dan melakukan demonstrasi penggunaan alatan komunikasi radio amatur. Sebarang informasi lanjut bolehlah berhubung terus dengan Biro Penerangan kami di talian 013-9373463 (Azhar). Sokongan daripada semua rakan-rakan amatlah dialu-alukan. Terima kasih. 73
Tuesday, May 15, 2007
Kelas Bimbingan RAE 2007-1
Assalamualaikum & salam sejahtera kepada rakan-rakan. Kelas bimbingan RAE untuk sesi kedua akan diadakan pada :Tarikh : 20 Mei 2007
Masa : 8.30 pagi sehingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, Jabatan Kecemasan, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
Yuran Penyertaan : RM30.00 (termasuk nota, CD, kudapan & makan tengahari)
Pendaftaran terhad kepada 25 orang peserta sahaja. Makan tengahari disediakan. Pihak kami amat mengalu-alukan mana-mana rakan yang tidak dapat hadir pada sesi yang lalu untuk hadir pada tarikh yang dinyatakn diatas. Maklumat lanjut dan pendaftaran awal sila maklumkan secara telefon atau SMS kepada : 9W2SSC (Syed) 019-9191425, 9W2MRT (Talib) 013-3719812 atau 9W2DJA (Azhar) 013-9373463.
de Admin 73Tuesday, May 1, 2007
Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2007
Tarikh : 2 Mei 2007Masa : 9.00 pagi - 6.00 petangTempat : Kuala Triang, Bera.Semua ahli-ahli dijemput hadir bagi meramaikan promosi pameran tersebut. 73.de biro Penerangan. 73
