Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh

Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.

Apa Itu Radio Amatur ?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com

Sembang-sembang


ShoutMix chat widget

Wednesday, July 15, 2009

WALIMATUL URUS KU 9W2FYZ 2 & 9 OGOS 2009

SAYA MOHD FAIZAL BIN MUDA YANG MEMEGANG CALLSIGN 9W2FYZ DENGAN INI BERBESAR HATI DAN DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN TUAN/PUAN SAUDARA/SAUDARI TAK KIRA DIMANA JUA BERADA YANG MENGENALI DAN TAK MENGENALI DIRI INI,SELURUH RAKAN2 HAM SELURUH MALAYSIA,RAKAN2 PROCC MALAYSIA,RAKAN2 PAKAT,RAKAN2 HOSPITAL,RAKAN2 LAIN KE MAJLIS PERKAHWINAN SAYA PADATARIKH :-
2 HB 8 2009 ( AHAD ) NO.46 TAMAN SRI TEMENGGONG, JALAN TEMENGGONG AHMAD, 84000 MUAR JOHOR & 9HB 8 2009 ( AHAD ) NO.122 LORONG DAMAI 9, KAMPUNG SRI DAMAI 25150 KUANTAN,PAHANG. SEBARANG MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI SAYA DI TALIAN 012-9554256 / 013-9956972 DIHARAP RAKAN2 DAPAT MENGHADIRI DAN MEMERIAHKAN MAJLIS YANG TAK SEBERAPA INI.... YANG BENAR DE 9W2FYZ ..73....
PETA LOKASI RUMAH PENGANTIN LELAKI PELAN LOKASI RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN

0 comments: