Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh

Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.

Apa Itu Radio Amatur ?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com

Friday, May 25, 2007

Pameran Radio Amatur Sempena Sukaneka Robin Group Sports & Social Club

Sukacita dimaklumkan, Robin Group Sport & Social Club (Robin Resourses (M) Sdn Bhd) telah mempelawa KERAMAT untuk menyertai pameran sempena karnival sukaneka yang akan diadakan pada :
Tarikh : 27 Mei 2007
Masa : 8.00 pagi -4.00 petang
Tempat : Padang Besar, Mentakab, Pahang

Biro Penerangan merasa berbesar hati menjemput semua rakan-rakan yang berkelapangan untuk hadir ke pameran tersebut sambil memberikan penerangan, mempromosi dan melakukan demonstrasi penggunaan alatan komunikasi radio amatur. Sebarang informasi lanjut bolehlah berhubung terus dengan Biro Penerangan kami di talian 013-9373463 (Azhar). Sokongan daripada semua rakan-rakan amatlah dialu-alukan. Terima kasih. 73

Tuesday, May 15, 2007

Kelas Bimbingan RAE 2007-1

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada rakan-rakan. Kelas bimbingan RAE untuk sesi kedua akan diadakan pada :
Tarikh : 20 Mei 2007 Masa : 8.30 pagi sehingga 5.00 petang Tempat : Bilik Seminar, Jabatan Kecemasan, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
Yuran Penyertaan : RM30.00 (termasuk nota, CD, kudapan & makan tengahari) Pendaftaran terhad kepada 25 orang peserta sahaja. Makan tengahari disediakan.
Pihak kami amat mengalu-alukan mana-mana rakan yang tidak dapat hadir pada sesi yang lalu untuk hadir pada tarikh yang dinyatakn diatas. Maklumat lanjut dan pendaftaran awal sila maklumkan secara telefon atau SMS kepada : 9W2SSC (Syed) 019-9191425, 9W2MRT (Talib) 013-3719812 atau 9W2DJA (Azhar) 013-9373463. de Admin 73

Tuesday, May 1, 2007

Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2007

Biro Penerangan, dengan kerjasama JKKK Kg Kuala Triang dan Perbadangan Kemajuan Bukit Fraser telah memberi kebenaran pihak PERAMAH Cawangan Temerloh untuk mengadakan pameran sempena Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2007 yang berlangsung pada 29 April sehingga 6 Mei 2007 iaitu bermula di Kuala Lipis & berakhir di Pekan, Pahang. Oleh yang demikian bagi meraikan dan mempromosikan radio amatur kepada umum satu pameran akan diadakan pada :
Tarikh : 2 Mei 2007
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Kuala Triang, Bera.
Semua ahli-ahli dijemput hadir bagi meramaikan promosi pameran tersebut. 73.
de biro Penerangan. 73