Selamat Datang ke Blog PERAMAH Temerloh

Wujudnya blog ini adalah bertujuan memberi info kepada rakan-rakan sehobi dan secara tidak langsung dapat memberi serba sedikit maklumat bagi menceritakan keseronokan hobi berkomunikasi radio amatur yang penuh mencabar.

Apa Itu Radio Amatur ?

Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.

Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.

Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Jika anda dari Temerloh atau di mana jua yang ingin mengetahui dan mengikuti komuniti ini sila emailkan kepada kami di alamat berikut : peramah.temerloh[at]gmail.com

Monday, April 30, 2007

Pertukaran Panggilan Simplax Frekuensi Temerloh_Ku

Untuk makluman semua rakan-rakan, panggilan simplax frekuensi 'Temerloh_ku' telah di ubah dari V20 (145.250 Mhz) kepada V48 (146.400 Mhz).
Diharap kepada semua rakan-rakan Ham Temerloh dan juga mana-mana rakan yang lain untuk memanggil rakan di lokalan Temerloh bolehlah memanggil di frekuensi tersebut. Frekuensi tersebut berkuatkuasa pada hari 1 Mei 2007. Harap maklum.
73 de Biro Penerangan

Tuesday, April 17, 2007

Kelas Bimbingan RAE 2007-1

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada rakan-rakan. Kelas bimbingan RAE untuk siri 1-2007 akan diadakan pada :
Tarikh : 6 Mei 2007 (sesi 1) dan 20 Mei 2007 (sesi 2)
Masa : 8.30 pagi sehingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Kefeteria Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
Yuran Penyertaan : RM25.00 (termasuk nota & alat tulis)
Pendaftaran terhad kepada 30 orang peserta sahaja. Makan tengahari disediakan. Maklumat lanjut dan pendaftaran awal sila maklumkan secara telefon atau SMS kepada : 9W2SSC (Syed) 019-9191425, 9W2MRT (Talib) 013-3719812 atau 9W2DJA (Azhar) 013-9373463.
de Admin

18th April World Amateur Radio Day

The International Amateur Radio Union (IARU) and its member societies representing more than 150 countries around the world will celebrate World Amateur Radio Day on April 18, 2007. The theme for this year's celebration is "Amateur Radio: Allowing youth to connect the world." de Admin

Wednesday, April 11, 2007

Permohonan RAE 2007-1

Makluman kepada semua rakan-rakan SWAL yang memohon RAE. Sebagai peringatan tarikh tutup permohonan adalah pada 17 April 2007. Pihak kami bersedia untuk menguruskan borang permohonan anda dengan syarat-syarat seperti berikut :
1. Borang permohonan mstilah diisi dengan lengkap.
2. Sertakan sekali dengan salinan kad pengenalan pemohon.
3. Setiap permohonan perlulah disertakan wang tunai RM50 dan tambahan RM2 untuk rusan pos dan lain-lain.
Dapatkan borang RAE di <SINI>
Sebarang pertanyaan silalah menghubungi :
  • Syed - 019-9191425
  • Talib - 013-3719812
  • Rizal - 019-9317306
  • Azhar - 013-9379463

de 9W2RZL

Sunday, April 8, 2007

Bengkel Pengenalan Radio Amatur Sesi 1/2007

Alhamdulillah berjayalah sudah Bengkel Pengenalan Radio Amatur yang julung kali diadakan dan sambutan sungguh menggalakkan. Bengkel tersebut yang telah diadakan pada 7 April 2007 telah dihadiri seramai 23 orang SWAL dengan penuh semangat yang tinggi ingin mengenali hobi radio amatur ini dengan lebih dekat lagi. Tidak lupa juga rakan-rakan yang ahli kelab yang bertungkus lumus menyumbangkan tenaga dan komitmen yang tinggi bagi menjayakan porgram tersebut. Insyaalah beberapa gambar akan dipamerkan untuk kenangan-kenangan.
73 'One For All & All For One'
de 9W2RZL

Thursday, April 5, 2007

VCD Rakaman Mega Eyeball & AGM PERAMAH 2007

Untuk informasi VCD rakaman sempena majlis Mega Eyeball dan AGM Peramah yang berlangsung pada 10 Februari 2007 bertempat di Taman Pertanian Indera Mahkota Kuantan telah pun berada dipasaran. Sekiranya mana-mana rakan yang berminat bolehlah menghubungi 9W2FRD (+6019.967.3744) untuk tempahan. TQ Cariooo.
73 de 9W2RZL

Wednesday, April 4, 2007

Bengkel Pengenalan Radio Amatur

Dengan sukacitanya pihak Jawatankuasa Biro Latihan Persatuan radio Amatur Negeri pahang Cawangan Temerloh akan mengadakan Bengkel Pengenalan Radio Amatur. Dijemput mana-mana rakan baru yang ingin mengenali dnegan lebih dekat mengenai hobi ini dijemput hadir pada :
Tarikh & Hari : 7 April 2007 Rabu Masa : 8.00 malam
Tempat : Kafeteria Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh 73 de 9W2RZL